Venue Details

Mersing Jetty
Jalan Abu Bakar, Mersing Kechil
Mersing, Johor, 86800

Mersing yang terletak kira-kira 136 km dari Johor Bahru, kini merupakan lubuk tumpuan para pelancong dan pencinta alam khususnya ke beberapa buah pulau di daerah ini.

Pulau-pulau di negeri ini bukan sahaja memiliki pemandangan dan batu karang yang cantik, malahan mempunyai tarikan lain seperti membuat aktiviti fotografi, memancing, menyelam skuba, dan snorkeling dan   lain-lain .

Pulau Besar

Pulau besar, Mersing menjadikan tumpuan pelancong dalam negara mahupun dari luar negara kerana pemandangan laut dan resort-resort yang cantik yang tidak perlu di risaukan.

Inilah pulau yang memiliki syurga dunianya dengan pantai dan pelbagai spesies hidupan marin yang cantik, batuan karang yang mempesonakan, pasir memutih, resort yang selesa,

Apa lagi yang anda mahukan untuk menikmati percutian yang menyeronokkan

Pulau Besar ini dikenali  dengan nama Pulau Babi Besar. Hal ini kerana dipercayai terdapat banyak babi hutan di sini, namun kini hidupan tersebut telah menghilang.

Pulau Tengah

Pulau Tengah juga merupakan pulau persendirian yang tidak asing bagi kaki melancong. Pulau indah ini terletak 15 km dari jeti Mersing.

Dahulunya, pulau ini terkenal kerana pernah menjadi tempat berlindung orang pelarian Vietnam pada sekitar tahun 70-an dan telah ditutup pada tahun 80-an.

Pulau Hujung

Pulau Hujung adalah pulau yang menjadi pilihan bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti Island hopping. Pulau ini mempunyai pemandangan yang cantik kerana disaluti dengan terumbu karang yang ada di dalam laut.

Pulau Hujung juga sering menjadi pilihan nelayan tempatan untuk melakukan aktiviti memukat. Bagi pengunjung yang mengunjungi ke pulau ini, aktiviti yang boleh dilakukan ialah mandi pantai, berkanu, aktiviti pantai dan melihat matahari terbenam

Untuk anda yang sukakan pantai, suka berenang, suka snorkeling mahupun yang baru nak jadikan aktiviti menarik ini sebagai hobi, jom sertai kami!

 

 

Pelaksanaan sistem MeTOS bagi aktiviti 'island hopping' dan aktiviti air di kepulauan Mersing telah bermula sepenuhnya pada 01 Ogos 2022.

Semua pengunjung yang menjalankan aktiviti 'island hopping' akan dibekalkan 'tyvek wristband'.

Caj RM10.00 (dewasa) dan RM5.00 (kanak-kanak/warga emas) dikenakan kepada pengunjung iaitu bagi:

- fi pemuliharaan Taman Laut Malaysia

- caj pengurusan MeTOS

Bayaran ini perlu dibuat oleh pengunjung melalui operator 'island hopping' yang menguruskan trip mereka.

Venue Details

Mersing Jetty
Jalan Abu Bakar, Mersing Kechil
Mersing, Johor, 86800